lama dah family sya tak buat family day macam ni. maksud sya, kami decide 1 tmpat nak pegi, sewa 1 rumah dan duduk dalam rumah tu reramai.
so, kami decide nak buat dekat A Famosa Melaka and today is the first day!!!! excited giler lah kan sebab kami plan nak mandi kolam. haha. agak childish. tak kesah lah >.< hee. that's why lah kami plan nak g A Famosa ni. sbb kat sini ada Theme Park dan Cowboy.
disebabkan sanak saudara kami ni ramai, jadi kami dah bincang nak pilih rumah banglo dua tingkat. bio selesa sikit.
![]() |
tudia rumahnya |
not bad lah rumah ni. serius best. hehe. persekitaran sangat best. ada kawasan lapang kat sebelah rumah. boleh lah kalau nak buat aktiviti sukan mcm main badminton ke bola ke apa ka. wtv lah. kami ttau kawasan nya macam tu jd kami tak bawak lah peralatan permainan -,- mandi kolam jelaa.
first time masuk, semua kata 'waaaa!!!!'. termasuk lah sya hee. biasalah. excited! sesuai lah untuk keluarga kami yang ramai ni. tapi tak semua pon yang dtg.hmmm. nak buat mcm mana kan. memasing busy :') but it's okay. rumah ni masih meriah.
okay.habis ja angkat barang semua, bebudak kecik tak sabar2 nak mandi. sya tak sbb masa tu dah pukul 6 lbh petang so mcm malas lah pulak nak basah2. lagipon esok nak g Theme Park. mandi kolam lgi :) yeahhh! mandi kolam tu salah satu hobi. teringin juga nak berenang, tp tak reti hee xD
![]() |
kolam tepi rumah. nampak tak muka excited tu? :) |
first day, aktiviti biasa ja. lepas solat maghrib berjemaah, kami baca tahlil sikit lah untuk arwah2 tok nenek, pakcik makcik semua yang dh pergi. lepastu.... BBQ!!! aktiviti wajib untuk family day ni kan. kemain susah payah paksu dgn sepupu sya, abg anip nak hidupkan api. hee.
act, sya tak sabar nak g Theme Park esok! dh lama dah ni tak mandi kolam. ada bebudak ni, bertambah lah syok dan excited nak mandi hee. yg pasti, sya nak naik gelongsor. tak kira!
okay. tetiba teringat arwah atok. ni lah first time buat family day tanpa atok :'( hmm. al-fatihah untuk atok. semoga atok berada di samping orang2 yang beriman <3
sekian~